Rosnah Mat Aris

Rosnah binti Mohd Aris (lahir 30 Mei 1955) atau lebih dikenali sebagai Rosnah Mat Aris merupakan seorang pelakon dan pelawak tersohor di Malaysia yang mula menceburkan diri dalam bidang lakonan ketika usia yang agak lewat pada era 80an. Rosnah terkenal menerusi watak Mak Limah dalam sitkom Rumah Kedai dan sehingga kini beliau masih lagi menghiasi drama dan filem tanah air. Selain itu, beliau juga turut terkenal dengan gelaran Michelle Williams Malaysia dek kerana fesyen rambut pendek & blonde persis bintang Hollywood itu. Kini, Rosnah Mat Aris sudah pun berhijrah dan lebih selesa dikenali dengan imej yang berhijab.

Rosnah Mat Aris

Pekerjaan pelakon, pelawak
Pasangan Rahim Razali (1980an - 1982)Tajul Effendie Isa (2008 - kini)
Anak 4 orang anak
Tahun aktif 1987 - kini
Nama lain Rosnah, Kak Ros
Terkenal kerana Mak Limah dalam Rumah KedaiCombi dalam Mami Jarum & Mami Jarum Junior
Kelahiran Rosnah binti Mohd Aris
(1955-05-30) 30 Mei 1955 (umur 64)